Translate

Isnin, 6 April 2015

Adakah Pengakhiran Fast & Furious 7 Membuatkan Anda Menangis?


Amaran: Artikel ini mengandungi spoiler. Jangan baca sekiranya anda belum menonton Furious 7 dan tidak mahu tahu apa yang terjadi. Tapi sekiranya anda sudah menontonnya dan mahu berkongsi perasaan anda, mohon teruskan bacaan…

Filem ketujuh Fast & Furious memberikan ending yang tidak dijangka apabila watak Brian yang dipegang oleh Paul Walker (beliau terbunuh dalam satu kemalangan sebelum Furious 7 tamat penggambaran) tidak terbunuh seperti yang dijangka peminat sebaliknya Paul Walker berpisah dengan krew untuk bersama keluarganya. Rata rata peminat di laman sosial mengatakan mereka menangis menonton babak babak akhir Furious 7, yang mana di set up dengan sangat cantik.

Apa yang sebenarnya terjadi?


Semasa di pengebumian Han di awal filem, karekter Walker, Brian O’Connor terlibat dalam satu perbualan bersama sama Roman (Tyrese Gibson) dan Tej (Ludacris) tentang bagaimana mereka tidak mahu lihat ada lagi acara pengebumian. Tidak lama selepas itu, Mia (isteri Brian yang dilakonkan oleh Jordanna Brewster) memberitahu Dominic (Vin Diesel) yang O’Conner “tidak merindui kereta dan gadis gadis, dia hanya rindukan peluru”. Dalam erti kata lain, kehidupan tenang berumah tangga bukan untuknya.





Pada pertengahan filem, Brian menelefon Mia dan mereka berbual tentang sama ada dia akan masih hidup untuk membesarkan anak anaknya atau mati dalam menyempurnakan kerjanya.

Akhir sekali, selepas Deckard (Jason Statham) sudah dimasukkan ke dalam penjara, semua karekter berada di pantai untuk meraikan kejayaan mereka. Brian, Mia dan anak lelaki mereka bermain di tepi pantai dan ia merupakan satu babak yang indah. Jelas sekali tema besar filem ini ialah keluarga dan Dominic mengatakan kehidupan Brian sudah cukup baik yang memberi petanda karakter Walker akan tergantung di situ.




Dominic meninggalkan mereka tanpa meninggalkan sebarang ucapan selamat tinggal, tapi ketika di persimpangan jalan, Brian muncul memandu bersebelahan Dom. Kedua-duanya memandu kereta yang sama ketika kali pertama mereka memandu bersama dalam filem pertama iaitu muscle car dan supra. Mereka berbalas senyuman, mengucapkan selamat tinggal terakhir, dan ada sedikit monolog daripada Diesel tentang bagaimana mereka berkongsi pengalaman bersama diselang selikan dengan klip klip pendek saat Walker tersenyum dan kelihatan gembira dalam 6 filem terdahulu.


Mereka memandu disepanjang jalan sehingga ke sampai di satu simpang. Dominic memandu ke kanan manakala Brian ke kiri. Dominic pergi untuk mencari lebih banyak cabaran manakala Brian kembali ke keluarga selepas last ride ini. Kamera mengikuti kereta Brian sehingga ke California Hills dengan pemandangan dari atas sebelum fokus ke arah langit biru. Skrin kemudian bertukar menjadi putih dan perkataan “For Paul” muncul di tengah tengah dalam warna hitam.
Sekarang, peminat sudah boleh menonton Fast & Furious 7, dan kebanyakkan peminat termasuk yang jenis hati keras juga meninggalkan panggung wayang dalam keadaan sedih.

Tiada ulasan: